Thursday, 20 September 2018

MISI BERMULA DI PULAPOL KUALA LUMPUR

" TIADA HARI TANPA LATIHAN" 

Bermulalah episod baru dalam kehidupan aku sebagai Kadet Inspektor Siri 1/2017. Aku diletakkan  dalam kumpulan Platun 3. Jurulatih aku ialah KPL 143616 Mohd Hafiz  Bin Zulkifli. Setiap pagi, aku akan menjalani aktiviti pagi sama ada senaman atau kawad. Padang Kawad Pulapol Kuala Lumpur menjadi saksi setiap perjalanan aku. Di sini juga aku mula mengenali rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai azam dan cita-cita seperti aku.


                                                Hentak kali berlari..  hahaha..
                                                          semangat semua           

                                                         aduhai penatnya...

Skuad...Sedia

Slim betul ni..

Minggu pertama ini aku diorentasikan oleh Pegawai Kanan Polis bagi mengenali antara satu sama lain dalam satu pasukan. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi melihat sejauh mana semangat kerjasama dalam satu pasukan. Aku dipilih menjadi Penolong Ketua Platun pada awalnya tetapi setelah ada jawatan yang baru, aku mohon untuk undur diri dan digantikan yang baru. 

Sunday, 16 September 2018

REALITI DAN FANTASI

Siapa sangka dan siapa yang menduga apabila penantian yang cukup lama untuk aku lalui akhirnya berjaya aku perolehi. Tanggal 29hb Oktober 2017 bermulalah kisah hidup aku sebagai Kadet Inspektor. 9 bulan akan aku hadapi pelbagai cabaran dan dugaan demi mencapai kejayaan. 



Sebahagian ahli keluarga yang menghantar aku 
Ke PULAPOL KL


Adik-beradik aku yang menjadi sumber kekuatan
( 2 tiada dalam gambar )


Kegagalan yang lalu aku biarkan berlalu pergi, kehidupan baru ini akan aku lalui dengan semangat yang baru dan membara.Keazaman yang tinggi harus aku tempohi demi mencapai apa yang diimpikan. Tiada yang mudah untuk kita mencapai kejayaan, kerana tanpa usaha dan doa yang berterusan pasti tidak akan berjaya. 

Friday, 14 September 2018

AKU TETAP AKU

Assalamualaikum 

Salam pembuka bicara, buat semua yang mengenali diri ini...

Ini adalah kisah aku...
berdasarkan pengalaman aku..
setiap apa yang terjadi pada aku..
inilah kenangan aku..

kenangan yang mungkin sukar untuk dibeli 
kenangan yang sukar untuk dikembalikan..
kerana bagi aku kenangan itu cukup indah untuk dikenang..
hanya mereka yang faham akan mengenali aku.. 

Aku tetap  aku