Thursday, 20 September 2018

MISI BERMULA DI PULAPOL KUALA LUMPUR

" TIADA HARI TANPA LATIHAN" 

Bermulalah episod baru dalam kehidupan aku sebagai Kadet Inspektor Siri 1/2017. Aku diletakkan  dalam kumpulan Platun 3. Jurulatih aku ialah KPL 143616 Mohd Hafiz  Bin Zulkifli. Setiap pagi, aku akan menjalani aktiviti pagi sama ada senaman atau kawad. Padang Kawad Pulapol Kuala Lumpur menjadi saksi setiap perjalanan aku. Di sini juga aku mula mengenali rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai azam dan cita-cita seperti aku.


                                                Hentak kali berlari..  hahaha..
                                                          semangat semua           

                                                         aduhai penatnya...

Skuad...Sedia

Slim betul ni..

Minggu pertama ini aku diorentasikan oleh Pegawai Kanan Polis bagi mengenali antara satu sama lain dalam satu pasukan. Pelbagai aktiviti yang diadakan bagi melihat sejauh mana semangat kerjasama dalam satu pasukan. Aku dipilih menjadi Penolong Ketua Platun pada awalnya tetapi setelah ada jawatan yang baru, aku mohon untuk undur diri dan digantikan yang baru. 

No comments: